Bantuan UPP/JPP/PPN Pautan Berguna Hubungi Kami Peta Laman

Pilihan Warna Tukar Menu Bahasa
English
Malay
RSS Version

 Maklumat Kami
Profail PPPNJ
Perutusan
Piagam Pelanggan
Carta Organisasi
Direktori Kakitangan
Berita/Aktiviti Bergambar
Borang PPPNJ

 Seksyen
Pemantauan & Penilaian
Projek Khas
Pembasmian Kemiskinan
Pengurusan & Kewangan
Teknologi Maklumat

 Informasi
Parlimen
DUN
Daerah
Solat
Cuaca
Muatturun
Soalan Lazim
Pencapaian Piagam Pelanggan
Transaksi Dalam Talian

Laman Utama FAQ'S (SOALAN LAZIM YANG DI TANYA)  



SPP II
Pentadbiran
Projek Khas
Teknikal ICT
Sistem
e-Kasih
    e-Kasih

    Soalan Lazim

      

    1.  Apakah eKasih ? 
    Sistem ekasih merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh kementerian/agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan.

     

    2.  Bilakah eKasih diwujudkan? 
    eKasih diwujudkan susulan daripada keputusan mesyuarat, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007. Bertitik tolak dari keputusan itu, ia mula dibangunkan secara in-house oleh ICU JPM dan mula digunakan pada Jun 2008.

     

    3.  Apakah sumber data dan maklumat yang dimasukkan ke dalam eKasih ? 
    Pada peringkat awal pelaksanaan data dan maklumat bancian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS) sebagai Banci Isi Rumah Miskin (BIRM) yang terdiri daripada dua fasa dimana senarai terkini pada waktu berkenaan daripada UPIS (KPKT) dan SPKR (KKLW) menjadi asas kepada data BIRM Fasa I. BIRM Fasa I telah dijalankan pada Disember 2007 sehingga Jun 2008. Bagi memantapkan lagi skop data eKasih, bancian juga turut merangkumi kawasan ‘pocket of poverty’ (kawasan berpendapatan rendah dan kawasan sekitarnya berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isirumah (HIS) yang dijalankan oleh DOS). BIRM Fasa II telah dijalankan bermula Januari 2008 sehingga Julai 2009 dengan verifikasi dilakukan terhadap senarai (yang dianggap miskin) yang diterima daripada Ahli Parlimen / ADUN dan agensi- agensi diperingkat negeri. Susulan daripada pelaksanaan dua (2) fasa berkenaan, proses pengumpulan data diperluaskan kepada masyarakat melalui mekanisme pendaftaran terbuka eKasih.

     4.  Adakah terdapat nama mereka yang miskin tetapi tidak didaftarkan? Apakah langkah untuk mengatasi perkara ini? 
    Perkara seperti ini boleh berlaku disebabkan oleh faktor seperti keciciran liputan, rangka (frame) yang tidak menyeluruh dan faktor-faktor lain. Selain itu faktor seperti tiada sesiapa di rumah selepas 3 kali lawatan dalam masa yang berlainan oleh pembanci, alamat yang diperolehi tidak lengkap/ tidak tepat/tidak diketahui/tidak dikenali, telah berpindah dan juga enggan memberi kerjasama kepada pembanci turut menjadi punca kepada berlakunya perkara ini. Langkah yang dilaksanakan oleh ICU JPM ialah melalui kerjasama dengan pihak NGO/agensi yang  berkaitan dengan program/projek pembasmian kemiskinan bagi mendaftarkan mereka yang layak.
    Selain itu, pendaftaran terbuka dalam sistem eKasih juga memberi peluang kepada mereka yang tidak dicakupi semasa banci BIRM Fasa I dan Fasa II.

     

    5.  Siapakah yang layak mendaftar di dalam eKasih? 
    Golongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2012.

     

    6.  Bagaimana individu boleh mendaftar dalam eKasih? 
    Melalui mekanisme pendaftaran terbuka eKasih, individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN).

     

    7.  Apakah yang dimaksudkan dengan Ketua Isi Rumah (KIR)? 
    Ketua Isi Rumah adalah daripada kalangan ahli isirumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggungjawab atau diberi tanggungjawab terhadap kebajikan ahli isi rumah dimana dia tinggal.

     

    8.  Apakah yang dimaksudkan dengan Ahli Isi Rumah (AIR)?
    Mereka ialah yang dianggap sebagai penghuni atau tanggungan di tempat kediaman yang dipilih.

      

     

    9.  Apakah PGK semasa (mengikut wilayah) yang digunakan? 

     

     

    Wilayah

    2012

    Miskin

    Miskin Tegar

    Isi Rumah (RM)

    Per Kapita (RM)

    Isi Rumah (RM)

    Per Kapita (RM)

    Sem. Malaysia

    830

    210

    520

    130

    Bandar

    840

    220

    510

    130

    Luar Bandar

    790

    190

    530

    120

    Sabah & Labuan

    1,090

    240

    660

    140

    Bandar

    1,080

    240

    630

    140

    Luar Bandar

    1,120

    240

    710

    150

    Sarawak

    920

    230

    600

    140

    Bandar

    960

    230

    630

    150

    Luar Bandar

    870

    220

    570

    140

         

                               Sumber : EPU JPM

        

          

    10. Siapakah yang dimaksudkan sebagai Mudah Miskin 
    Golongan yang mempunyai pendapatan melebihi PGK semasa mendaftar dan  treshold di bawah RM1,500.00 bagi bandar dan RM1,000.00 bagi luar bandar.

     

    11. Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan per kapita sesebuah keluarga? 
    Pendapatan perkapita ialah jumlah pendapatan kesemua ahli isi rumah sebulan dan dibahagikan dengan bilangan isi rumah tersebut.

     

    12. Siapakah yang perlu mengemaskini bantuan yang telah diberi kepada KIR/AIR? 
    Agensi pemberi bantuan/pelaksana yang berkaitan.

     

    13. Siapakah yang boleh memohon untuk memiliki ID eKasih? 
    Kementerian/agensi yang menjalankan program/projek pembasmian kemiskinan secara langsung dan tidak langsung.

     

    14. Bagaimanakah cara permohonan ID eKasih? 
    Bagi agensi di peringkat negeri, ID eKasih boleh dipohon melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPPN), manakala agensi diperingkat persekutuan, boleh memohon terus dengan Ibu Pejabat ICU JPM.

     

    15. Apakah perbezaan Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah disahkan dengan Senarai Penerima Bantuan (SPB)?

    KIR yang telah disahkan merupakan KIR yang telah menjalani proses verifikasi yang dilaksanakan oleh pembanci dan mengandungi profil lengkap KIR, manakala SPB pula merupakan senarai penerima bantuan yang tidak menjalani proses verifikasi dan hanya mengandungi maklumat asas KIR sahaja.

     

    16. Bagaimanakah saya boleh mengetahui yang saya telah didaftarkan dalam sistem eKasih? 
    Anda boleh menghubungi pihak Unit Penyelarasan Pelaksaan (ICU JPM) melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPPN – Bahagian/Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No. telefon atau alamat e-mail/alamat surat menyurat yang boleh dihubungi.

     

    17. Sekiranya nama saya telah didaftarkan dalam sistem eKasih, bolehkan saya mendapat sebarang bantuan?

          Kelulusan penyaluran bantuan adalah tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan masing-masing. Data eKasih digunakan agensi pemberi bantuan untuk mengenal pasti mereka yang benar layak berasaskan kepada profil terkini peserta.

     

     

     


     

     


 
 
 
Dasar Keselamatan         Dasar Privasi         Jawatankuasa Web        
 
 
 
Penafian : Pejabat Pembangunan Negeri Johor, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri
tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini.
 
Paparan Terbaik dengan resolusi 1024 x 768
Get Mozila Firefox Get Opera Get Avant Browser Get Safari Get Internet Explorer
Plug In yang disyorkan
Get Adobe Reader Get Flash Player Get WinZip  Get RSS Reader
2008 Pejabat Pembangunan Negeri Johor